RPH


RPH KSSR Bahasa Melayu Tahun 2
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KSSR BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas
Bahasa Malaysia
Tahun 2 Jaya
Tema/Tajuk
Seni dan Budaya – Makanan Tradisional
Masa
8.30 pagi – 9.30 pagi
Fokus Utama
Standard Kandungan


Standard Pembelajaran


 2.6   Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai
         bagi memupuk minat membaca

2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah
         kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa
Fokus Sampingan
Standard Kandungan


Standard Pembelajaran

1.4   Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu
        perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak
        formal secara bertatasusila.
1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang
         betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara
         bertatasusila.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran  murid dapat :
1.     Membaca bahan bacaan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa.
2.      Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.
i
iii.        Literasi :
Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
Pengisian Kurikulum
i.                    Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan  Moral
ii.                  Nilai Murni : Rajin, keyakinan diri, kerjasama dan berbudi bahasa
KBT : Kecerdasan Pelbagai,
           Kontekstual
EMK : Kreativiti dan Inovasi
Bahan Bantu Belajar
Radio/komputer, slaid power point gambar-gambar tunggal, kad gambar, kad perkataan dan lembaran kerja.
Sistem Bahasa

Tatabahasa : kata nama, kata kerja
Kosa Kata :  Karipap, lempeng, keria, koci, tepung pelita, kuih lapis
Aktiviti







1.      Guru mempamerkan sejenis daun yang biasa dilihat oleh murid. Murid memerhati, memegang dan menghidu bau daun tersebut. Guru bersoal jawab tentang daun tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.

2.      Guru memperdengarkan lagu “ Kuih Tradisional” (Melodi : Lagu Papaku Pulang Dari Kota)

3.      Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih kepada murid.

4.      Guru Membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan. Murid membaca secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul.

5.      Dalam kumpulan yang kecil, murid diminta berbincang dan memikirkan cara kuih tersebut di masak dan rasa kuih tersebut. Murid mengkategorikan kuih dalam kumpulan kuih manis atau kuih pedas.
Pentaksiran
1.      Murid membaca dialog yang terdapat dalam buku teks
(ms: 69) yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.      Murid menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang dibaca.
Pemulihan
1.       Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih berdasarkan kad gambar dan kad perkataan.
Pengayaan
1.      Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi
2.      Murid mengkategorikan cara-cara jenis kuih dimasak.
Refleksi
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P. Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan