Sabtu, 20 Oktober 2012

KETERANGAN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

blog ini memfokuskan subjek yang diajar iaitu BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 . Saya memilih tema : TEMA 4 : SENI DAN BUDAYA .

antara unit-unit yang terdapat dalam tema ini ialah :

UNIT 12: KRAF TANGAN
UNIT 13: PERMAINAN TRADISIONAL
UNIT 14: MAKANAN TRADISIONAL
UNIT 15: WARISAN KITA

saya memiliih unit 14 iaitu MAKANAN TRADISIONAL ,

Mari Berbincang- Kuih Tradisional
Mari Baca- Kuih Bakul dan Kuih Bulan
Mari Tulis- Pesta Makanan Malaysia
Mari Baca- Ambuyat


PENGENALAN

Blog ini dibangunkan untuk memenuhi kehendak Kerja Kursus : KRT 3013 ( Sem.1 Sesi 2012/2013: Sem.Semasa:2 )

SOALAN TUGASAN:


Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut: